Walaupun Jiang Muye tidak menyatakan secara jelas yang dia sukakan Ning Xi, reaksi yang dia berikan sudah cukup untuk buat orang sedar akan perasaannya.
Seperti yang dijangka, dia betul. Hanya wanita sahaja yang mampu mengubah seorang lelaki. Perubahan pada diri Jiang Muye terlalu drastik selepas dia pulang dari luar negara. Tidak ada sebab lain lagi.
"Ling Zhizhi… tak guna!" kata Jiang Muye sambil mengetap giginya.
Perbualan mereka ialah bukti utama dan lebih meyakinkan daripada waktu dia mengigau.
Ling Zhizhi dengan pantas memilih pakaian daripada almari Jiang Muye dan memberi isyarat kepadanya untuk menukar pakaian. Kemudian dia menghubungi Ning Xi dan memaklumkan kepadanya supaya beritahu Lei Ming semuanya dah selesai selepas dia bangun nanti.
Jiang Muye ingatkan wanita itu mahu memberitahu Ning Xi mengenai perasaannya, jadi dia menukar pakaian dengan pantas. "Saya salin baju sekarang! Dah la!"
Ling Zhizhi terdiam.