Jiang Muye yang baru sahaja bangun berkerut memandang ke arah Ling Zhizhi yang sedang berdiri di sebelah katilnya. "Kenapa… kamu dekat sini? Siapalah yang kejutkan saya guna cara macam ni."
Dahulu Jiang Muye seorang bintang yang popular di dalam industri. Pesaingnya ialah Shen Xiaobai dan mereka sering dibandingkan antara satu sama lain. Perkara terakhir yang Jiang Muye mahu dengar ialah seseorang memberitahu yang Shen Xiaobai kelihatan lebih kacak daripada dirinya. Bisikan semudah itu pun dah mampu untuk buat dia terjaga daripada mimpinya. Walaupun Shen Xiaobai sudah bersara, dia masih berasa paranoid.
"Bro Ming cari kamu dari pagi semalam lagi. Ada masa lebih kurang sejam je lagi sebelum majlis tandatangan perjanjian tu dan tempat tu agak jauh. Keadaan lalu lintas agak lancar hari ni, kamu ada lebih kurang setengah jam je lagi untuk pergi sana," beritahu Ling Zhizhi.