Serigala Besar Jahat, Adakah Awak akan Makan Si Kecil Tudung Merah?
Ning Xi menghubungi Ling Zhizhi sambil membaca ruangan komen. Memandangkan dia tergesa-gesa ke sekolah tadi, dia telah mengirimkan mesej kepada Zhizhi untuk mengatakan dia telah selesaikan urusan tersebut dan maklumat yang diperolehi oleh Zhizhi kini boleh diterbitkan.
"Hello, Kak Zhizhi!"
"Kamu masih sibuk lagi ke tu? Dah tengok video sidang media ni?"
"Saya dah tengok! Perkara ni sepatutnya dah selesai, kan? Ada apa-apa lagi ke?"
"Ya, tu je." Ling Zhizhi kedengaran teragak-agak untuk berkata sesuatu. "Ning Xi,awak"
Dia tertarik untuk mengetahui apa yang telah dilakukan oleh Ning Xi sehinggakan Hu Hongda bertindak begitu.