Lu Tingxiao dan Si Cilik masuk ke dalam pangsapuri untuk menukar pakaian manakala Ning Xi menghidupkan komputer riba untuk mengetahui perkembangan terkini mengenai insiden Hu Hongda.
Kiriman terkini Hu Hongda di Weibo ialah tiga jam yang lalu iaitu sebaik sahaja dia meninggalkan restoran itu bersama Lu Tingxiao. Hu Hongda mengumumkan dia mahu mengadakan sidang media.
Pantas! Mungkin dia rasa takut dengan syaitan itu.
Sidang media tersebut diadakan secara siaran langsung atas talian. Sidang media itu mendahului sebagai topik paling hangat yang sedang berlaku.
Ning Xi menekan butang klik di video tersebut untuk memainkannya.
Wartawan: "CEO Hu, kiriman awak di Weibo tu benar ke?"
Hu Hongda: "Ya."
Wartawan: "Kalau begitu kenapa selepas tu awak beri penjelasan pula?"