"Si Cilik, saya tahu kamu rahsiakan perkara ni sebab tak nak menyusahkan. Tapi lain kali jangan buat dah, okey?"
Si Cilik mengangguk dengan patuh.
"Okey, dah sampai masa. Jom tukar baju!"
Ning Xi masih risau tentang Sun Zhuangzhuang. Dia nak tanya Si Cilik sama ada Si Cilik dibuli di sekolah, tapi majlis itu dah bermula. Jadi dia hanya boleh menahan perasaannya buat masa sekarang.
Walau bagaimanapun, perkara itu masih mengganggunya. Dia perlu fikirkan satu rancangan yang akan pastikan Si Cilik takkan dibuli di sekolah.
Mereka masuk ke dalam dewan selepas menukar baju. Ning Xi tiba-tiba teringatkan sesuatu. Dia memandang Si Ban Kecil dan berkata, "Si Cilik, saya lupa nak beritahu kamu satu perkara"
Si Ban Kecil itu mengelipkan matanya dengan rasa curiga.
Ning Xi berdehem dan memandang Lu Tingxiao. "Um… biar saya fikir macam mana nak beritahu ya"