Di dalam bilik mesyuarat di Syarikat Lu.
Lu Tingxiao tiba-tiba berhenti bercakap dan menjawab satu panggilan telefon.
"Hmm?"
Selepas itu, bos mereka yang dingin seakan mencair, malah tersenyum.
Lu Tingxao bercakap dengan lembut, "Saya tengah mesyuarat sekarang ni. Kamu boleh ajak dia keluar. Nanti saya datang."
Semua orang memandang sesama sendiri dengan rasa terkejut.
Kenapa macam ada sesuatu yang pelik? Rasa macam… aura musim bunga.
Lu Jingli memandang Lu Tingxiao dengan perasaan takut. Dia patut pertimbangkan untuk jadi sami semula ke? Dia rasa terseksa kalau abang dia putus cinta, tapi lebih terseksa kalau mereka teruskan hubungan itu.
Ning Xi patuh kepada arahan Lu Tingxiao dan menelefon Hu Hongda.
Lu Tingxiao memang baik. Dia takut Ning Xi tak dapat hubungi Hu Hongda, jadi dia bagi nombor telefon peribadi Hu Hongda kepada Ning Xi.
"Helo"