Sebaik sahaja Ning Xueluo mendengar kata-kata Fang Ya, dia sengaja buat-buat risau dan mengeluh, "Mestilah saya harap kamu baik-baik je, tapi…"
Fang Ya kurang faham. "Xueluo, kenapa kamu mengeluh? Bukan ke semuanya berjalan lancar je sekarang ni?"
Ning Xueluo diam seketika sebelum mengingatkan kawannya, "Fang Ya, saya rasa kamu tak boleh rasa selesa lagi. Lagipun, bukannya mudah nak lawan Ling Zhizhi tu. Dia mesti tengah fikir macam mana nak keluarkan Ning Xi daripada situasi ni…"
"Kenapa pula? Hongda tak dedahkan apa-apa pun!"
"Tapi macam mana kalau Ling Zhizhi tahu pasal kamu…"
Fang Ya terkedu dengan kemungkinan itu. Dia hampir-hampir tercekik stik yang dimakannya kerana terlalu terkejut "Tak semudah tu nak siasat, kan?"
Ning Xueluo menggelengkan kepala. "Ling Zhizhi tu orang lama dalam bidang ni. Lagipun, dia memang handal kalau menyibuk perkara macam tu, jadi... saya tak berani nak jamin apa-apa!"