Fang Ye menjawab dengan lemah di hujung talian, "Saya malaslah nak beli-belah sekarang ni!"
"Sebab apa yang berlaku hari tu ke?" tanya Ning Xueluo dengan bimbang.
"Xueluo, apa yang saya patut buat ni? Habislah saya"
Ning Xueluo berkelip. "Mungkin tak… sebenarnya, saya ada idea menarik yang boleh tolong keluarkan kamu daripada situasi tu!"
"Ye ke? Cepatlah beritahu saya! Saya betul-betul rasa tak berdaya sekarang ni!" desak Fang Ye.
"Mungkin saya patut lupakan je. Lagipun, idea ni mungkin akan libatkan orang yang tak bersalah" balas Ning Xueluo dengan rasa risau.
"Xueluo! Reputasi saya dah musnah sekarang ni! Saya tak ada masa dan tenaga nak peduli tentang orang lain! Beritahulah saya! Bukan ke kita ni kawan baik?"
"Mmm…okey"