"Baguslah," Ling Zhizhi mengeluh. Kemudian, dia berkata dengan nada yang bimbang, "Ning Xi, saya kena ingatkan kamu lagi. Walaupun saya tak masuk campur urusan peribadi kamu, kamu perlu tahu apa yang kamu boleh buat dan apa yang kamu tak boleh buat!"
Dia tak perlu risau sangat tentang kehidupan peribadi Leng Manyun semasa dia uruskan artis itu dulu. Walau bagaimanapun, sekarang dia bekerja dengan Ning Xi dan dia akan cuba sedaya upaya untuk lindungi Ning Xi daripada orang ramai. Muka Ning Xi yang cantik ialah senjata yang paling ampuh tapi ia juga merupakan kelemahan yang paling berbahaya. Dalam industri ini, muka yang cantik terlalu senang untuk dikaitkan dengan skandal seks.
Bagi artis wanita, skandal begini mungkin akan menamatkan kerjaya mereka sekiranya ia tak diuruskan dengan baik.
Ning Xi rasa bersalah apabila mendengar kata-kata Ling Zhizhi, dia segera menjawab, "Saya faham, Kakak Zhizhi!"