"Tak tidur lagi?" Apabila Lu Tingxiao keluar dari bilik air, dia nampak Ning Xi sedang bercakap telefon sambil mencatat sesuatu di dalam bukunya. Ning Xi nampak sangat teruja dan Lu Tingxio berkerut kerana curiga.
"Saya kena tidur sekarang!" Ning Xi cepat-cepat meletakkan bukunya di bawah bantal seakan-akan ia harta yang sangat berharga.
Kemudian, dia mula membuat rancangan untuk meluahkan perasaannya.
Lu Tingxiao memandang bantal itu dengan rasa curiga namun dia tak fikirkannya sangat. "Kamu dah makan ubat ke?"
Ning Xi mengangguk. Pandangannya tertumpu kepada otot dada Lu Tingxiao di sebalik baju tidurnya. Ning Xi terus memerhatikannya. "Dah! Susu pun saya dah minum!"
Uh, luahan perasaan cara begini… ia cukup bermakna ke untuk buat Lu Tingxiao ingat sampai mati?