Keadaan di dewan makan itu menjadi sunyi sepi.
Walau bagaimanapun, perkataan "sayangku" itu cukup jelas buat Lu Tingxiao.
"Ini Puan Lu ke?" Seseorang akhirnya bertanya selepas seketika.
Lu Tingxiao berdiri dan berjalan ke arah gadis itu. Matanya memandang kaki gadis itu yang cedera dengan tajam. "Kenapa kamu tak pakai kasut ni?"
Ning Xi mengelak pandangan tajam Lu Tingxiao. "Saya dah pakai… tapi rosak'
Lu Tingxiao mendukung Ning Xi tanpa berkata apa-apa.
Ning Xi secara bersahaja meletakkan tangan pada leher Lu Tingxiao. Kemudian, dia memandang orang yang ada di dewan makan itu dan bertanya dengan perlahan, "Saya ada buat salah ke? Sayangku, kenapa kamu tak cakap apa-apa?"
Ning Xi berasa takut! Dia baru sahaja bangun daripada tidur dan bukan lakukannya dengan sengaja!