Sebaik sahaja Lu Tingxiao ternampak gadis itu, wajahnya yang tadi dingin dan tidak berperasaan berubah. "Ning Xi..."
Walaupun dia baru sahaja menerima panggilan dari Jiang Muye beberapa jam yang lalu, tetapi dia berasa seperti sudah bertahun lamanya dia tidak melihat wajah gadis itu.
Akhirnya, sekarang dia berjaya menemui Ning Xi!
Kemarahan lelaki berambut perak itu semakin meluap-luap selepas mendengar kata-kata Ning Xi. Dia berasa sangat kecewa, lantas dia berpaling dan menengking gadis itu, "'Saya' kepala otak kau! Masuk balik! Tang Ye, bawa dia pergi!"
Entah kenapa rasa sakit hatinya kepada Ning Xi semakin menebal.
Berani Ning Xi curang di depan matanya?! Gadis itu betul-betul ingin menentangnya sekarang!