Dua-dua pihak tak berganjak. Keadaan tegang dan tak ada seorang pun yang bergerak.
"Apa yang jadi?" tanya lelaki di dalam kereta berwarna perak itu apabila kumpulannya berhenti bergerak.
Di dalam kereta, Ning Xi kelihatan pucat kerana telah kehilangan banyak darah. Dia tak ada tenaga untuk peduli tentang apa yang berlaku. Tapi dia membuka matanya apabila terdengar kekecohan yang berlaku di luar.
Tang Ye datang dari sebuah kereta berperisai yang lain dan melaporkan, "Ada tentera."
Lelaki di dalam kereta berwarna perak itu memberi reaksi dengan selamba, "Oh?"
Philadelphia ialah kawasan yang tak ada undang-undang, jadi kenapa pihak tentera masuk campur kali ini? Nampaknya mereka dah gunakan semua sumber yang mereka ada untuk kawasan ini.
"Menarik." Lelaki itu turun dari kereta sambil tersengih.