Chereads / Perkahwinan Tersembunyi Markah Penuh / Chapter 67 - Ciuman Bawah Cahaya Bulan

Chapter 67 - Ciuman Bawah Cahaya Bulan

Kediaman Lu.

Selepas kembali ke biliknya dan menukar pakaian tidurnya, Ning Xi berlari sepantas kilat mencari Ban Kecil.

"Si Cilik, Mak Cik takut sedikit pada kegelapan malam ini. Bolehkah Mak Cik tidur dengan kamu?"

Sudah tentu Ban Kecil sangat gembira. Dia berkongsi ruang besar di katilnya dengan senang hati.

"Terima kasih, sayang~ Selamat malam, sayang~"

Token bertuah Mak Cik, saya percaya kamu boleh pastikan Mak Cik selamat malam ini…

Semua yang berlaku hari ini terlalu mengujakan, jantungnya masih berdegup kencang.

Dia dapat rasa selepas hari ini, halangan kabur antara dirinya dan Lu Tingxiao menjadi begitu rapuh sehingga hanya satu sentuhan pasti akan memecahnya…

Jika ia pecah, dia tidak tahu bagaimana menangani keadaan itu nanti…

Nasib baik, Ban Kecil dalam pelukannya membantunya untuk tidur. Belum sampai setengah jam, dia beransur-ansur lena…

Ning Xi mempunyai Ban Kecil untuk membantunya tidur dengan lena, tetapi orang itu tidak dapat tidur. Di tengah malam, bilik bacaan penuh dengan asap tebal seperti awan.

Heh, tak hairanlah kenapa Cheng Feng tidak berjaya mencari dua orang yang menghantar hadiah kepada Ning Xi pada hari pertama penggambaran filemnya, walaupun siasatan itu telah berlanjutan selama beberapa hari, Rupa-rupanya salah seorang daripadanya ialah 'pengkhianat tersembunyi'.

Raja Peri Jahat…

Baru dia teringat, dalam kumpulan sembang keluarganya, budak Jiang Muye ini telah menggunakan nama samaran pelik ini. Cuma dia tidak pernah perasan sebelum ini.

Seorang lelaki lagi yang menggunakan inisial YS itu, masih kekal sebagai satu misteri…

Dalam kegelapan, dia memadam punting rokoknya lalu berdiri dan menghala keluar dari bilik.

Dia membuka pintu bilik tetamu dengan perlahan, tapi tiada sesiapa pun di dalamnya.

Lu Tingxiao mengangkat keningnya, dan berpaling ke bilik sebelah.

Seperti yang dijangka, Ning Xi sedang memeluk Si Cilik dekat dengannya dan tidur dengan nyenyak.

Gadis pintar.

Tetapi dia fikir semuanya akan baik seperti ini?

Lu Tingxiao berjalan menuju katil kecil itu dan mengalih tapak tangan kecil Si Cilik dari baju Ning Xi dengan lembut. Menggunakan anak patung sebagai pengganti Ning Xi, lalu mengangkat gadis itu keluar dari bilik.

Si Cilik yang sedang dilamun mimpi mengerut kening kecilnya. Dia menghulur tangan kecilnya seperti mencari sesuatu, kemudian memeluk anak patung itu.

Setelah berjaya menipu anaknya, Lu Tingxiao mengangkat Ning Xi ke bilik tidur utama.

Dia menurunkan gadis itu dengan perlahan, dan kemudian duduk di hujung katil. Dengan tangannya yang sedikit kasar, dia membelai rambut gadis itu dengan lembut, kemudian matanya, pipinya…

Dia kelihatan seperti binatang ganas yang bersedia untuk makan. Dia bersabar kerana mahu menikmati saat ini sebelum makan.

Akhirnya, dia mengeluh dan menutup bibir lembut di hadapannya dengan bibirnya sendiri. Dia menolak lidahnya lebih jauh ke dalam mulut gadis itu dan menyatukan lidah mereka. Rasa gadis itu manis seperti yang dibayangkan.

Kemudian dia beralih pipinya dan telinganya turun ke lehernya, dan berhenti di tulang selangka…

Setelah 32 tahun berlalu, dia tidak pernah jatuh cinta. Dia tidak menganggap cinta itu sesuatu yang bermakna. Baginya, cinta mungkin perkara yang paling tidak berguna. Adakah salah jika seseorang itu hidup tanpa hawa nafsu atau cinta?

Dia tidak pernah menyangka satu hari nanti, cinta akan menyelubungi dirinya. Gadis yang 8 tahun lebih muda daripadanya akan mengubahnya menjadi seorang yang berbeza.

Baginya, kehidupan bukan lagi tentang rancangan dan data dingin, tetapi penuh kelembutan, harapan, kegembiraan, kemanisan, lengkap...

Tetapi pada waktu yang sama, ia diiringi perasaan marah, mengikut gerak hati, keganasan, keinginan…

Apabila terfikir Ning Xi di tempat Jiang Muye tadi, keganasan dalam hatinya terlepas keluar dari rantai, dan tanpa disedari, dia menggunakan lebih banyak kekuatan. Sesaat kemudian, rasa darah muncul antara mulut mereka...

Gadis di bawahnya mengerut kening dan Lu Tingxiao terpaku serta-merta. Dia memerhati gadis itu menjilat bibirnya sejenak sebelum lena semula. Gadis ini memang kejam…

Lu Tingxiao menyentuh bibir gadis yang lembap dan merah dengan satu jari. Matanya membara dengan keinginan yang tidak tertahan. Ikut kata hati, dia ingin mengabaikan segala akibat perbuatannya dan terus menciumnya sehingga dia terjaga dari tidur…

Related Books

Popular novel hashtag