Chereads / Perkahwinan Tersembunyi Markah Penuh / Chapter 65 - Pertemuan Tidak Disangka

Chapter 65 - Pertemuan Tidak Disangka

"Berapa lama kamu akan tinggal di sini?" Gaya Lu Tingxiao sama seperti orang tua dan seorang bos.

Jiang Muye terus duduk tegak dan menjawab seperti pelajar baik. "Jika semuanya berjalan lancar, saya akan tinggal terus di negara ini. Walaupun ramai dari industri ini menggalakkan ke luar negara untuk berkembang tahun ini, tapi saya rasa industri filem tempatan kita telah berkembang pesat beberapa tahun kebelakangan ini. Lagipun, industri ini begitu besar. Saya berbesar hati dapat melanjutkan pelajaran di luar negara, tapi saya fikir saya masih perlu kembali ke akar dan prinsip saya di negara ini."

"Mm." Tidak disangka, Lu Tingxiao mengangguk mendengar kata-katanya.

Jiang Muye berasa lebih lega, lalu bertanya, "Bagaimana dengan Si Cilik?"

Lu Tingxiao menjawab ringkas, "Agak baik."

"Ah, baru ingat, saya ada bawa balik mainan untuknya dan beberapa hadiah kecil untuk kamu. Sebenarnya, saya sudah merancang untuk melawat kamu esok, tapi tak sangka kamu akan datang jumpa dengan saya dulu…" Jiang Muye pergi untuk mengambil hadiah dari begnya.

Lu Tingxiao berkata, "Terima kasih."

Dan kemudian…ia diikuti dengan suasana sunyi.

Pada waktu itu, jelas kedengaran bunyi air mengalir di bilik mandi…

Jiang Muye menggaru kepalanya kerana terasa sedikit janggal.

Lu Tingxiao seperti memahami situasi itu, terus berdiri sambil menuturkan beberapa perkataan, "Saya pergi dulu, kalau ada masa, balik rumah dan jenguk ibu kamu."

"Sudah tentu, sudah tentu. Saya akan tunjuk jalan keluar."

Jiang Muye berasa lebih lega seperti diberikan pengampunan sementara. Baru saja dia menunjuk jalan keluar kepada Lu Tingxiao, tiba-tiba, kedengaran suara marah dari belakang mereka…

"Jiang Muye! Pakaian apa macam ini?! Bagaimana nak pakai baju dengan lubang besar di belakang?!"

Lu Tingxiao yang bersedia untuk beredar, terpaku seperti ditikam jarum akupunktur apabila dia terdengar suara tersebut. Sesaat kemudian, dia berpaling perlahan-lahan ke belakang dan merenung ke arah suara itu dengan pandangan tajam dan dingin…

Gadis itu tidak selipar, rambutnya basah dan pipinya merah dari air mandi yang panas. Dia berdiri di luar pintu bilik mandi dan kelihatan geram. Di pinggangnya, kelihatan lubang besar di sebelah kanan baju-T lelaki besar yang dipakainya. Lubang itu mendedahkan kulitnya yang putih dan licin…

Tanpa memerhatikan riak wajah Lu Tingxiao, Jiang Muye terasa mahu mati. Lelaki ini hampir beredar, kenapa perempuan ini tidak boleh keluar lebih lambat?

"Saya terlupa nak buang selepas baju itu terkoyak waktu saya terjatuh dari basikal. Banyak baju lagi yang kamu boleh pilih, kenapa pilih yang terkoyak itu?!" Jiang Muye tidak berdaya lagi melayan Ning Xi. Dia berpaling dengan malu untuk menghadap Lu Tingxiao dan membuat perkenalan. "Kof…Ini kawan saya, Ning Xi…"

Selepas itu, baru Jiang Muye perasan rupa aneh pada wajah Ning Xi.

Gadis itu berdiri tegak seperti patung sambil merenung wajah Lu Tingxiao…

Gadis tak guna ini, tak kira berapa tampan Lu Tingxiao, dia tidak patut merenung wajahnya seperti ini…

Jiang Muye berasa tidak gembira melihat Ning Xi berkelakuan seperti ini. Dia berkata dengan keras, "Ning Xi, ini bapa saudara saya, CEO Korporasi Lu, Lu Tingxiao. Kenapa kamu berdiri di sana seperti batu? Sapalah dia!"

Pada waktu itu, rambutnya masih menitiskan air dan tangannya memegang sisi lubang baju-T itu dengan kejap. Akhirnya, Ning Xi mampu bersuara. Dengan wajah penuh misteri, dia berkata, "Bapa…saudara…?"

Walaupun Ning Xi menyebutkan kata-kata tersebut seperti persoalan, namun Lu Tingxiao mendengarnya seperti nada afirmatif, seperti gadis itu memanggilnya dengan gelaran bapa saudara. Dengan serta-merta, wajah Lu Tingxiao kelihatan seperti raja syaitan besar yang dilumuri darah kesemua 18 tahap neraka. Seluruh badannya mengeluarkan angin dingin dan mengerikan. Ini menakutkan kedua-dua orang di hadapannya sehingga mereka menggigil…

Siapa tahu berapa lama suasana yang pelik itu berlanjutan sebelum pandangan dingin Lu Tingxiao fokus pada Ning Xi. Dia bertanya, "Orang yang kamu nak jemput itu, sebenarnya Muye?"

Jiang Muye yang berdiri di sisinya amat terkejut lalu bertanya, "Ning Xi, kamu kenal bapa saudara saya?"