Augustine, Tang Ye, Feng Xiaoxiao dan Feng Jin terdiam.
Malah semua orang yang pada mulanya tegang dan dah bersedia untuk bertempur pun terdiam.
Bro, tempat ni dah penuh dengan serbuk letupan! Boleh tak kamu tengok dulu keadaan sekeliling sebelum pamerkan kemesraan kamu?
Ning Xi hanya rasa ada bayang-bayang yang tinggi di belakangnya dan dia dengar suara yang dikenalinya. Di hujung matanya, dia hanya lihat helaian rambut berwarna perak yang terbuai ditiup angin malam.
Walau bagaimanapun, kekeliruan Ning Xi tak lama kerana lelaki tu ibarat seekor anjing besar yang menghempap badannya dan membuatkan luka pada pahanya sakit semula. Kesakitan itu serta-merta menyedarkan Ning Xi dan dia menjawab sambil mengetap giginya, "Saya rindukan kamu, Pak Cik!!!"
Lelaki itu mengangkat kening dan berkata dengan perlahan, "Mmm? Sayangku, kamu ada kata sesuatu ke?" Ning Xi sepatutnya rindukan dia, kan? Kenapa Ning Xi panggil dia 'pak cik'?