Ning Xi rindukan Si Cilik dan Lu Tingxiao.
Dia menarik nafas dalam dan memeluk dirinya.
Di Philadelphia, malam itu ialah malam musim sejuk yang dingin. Ning Xi keseorangan dan nampak tak bermaya tapi ekspresi wajahnya masih mempamerkan tekad.
Lelaki itu berlagak macam pemerintah Philadelphia dan sangka tak ada apa-apa yang boleh terlepas daripada dia. Dia sengaja lepaskan Ning Xi dan menganggap dirinya sebagai kucing sementara Ning Xi hanyalah tikus yang ketakutan.
Walaupun Ning Xi dah lepaskan diri, dia tahu nyawanya masih dalam bahaya. Dia tak boleh berhenti dan berpuas hati lagi.
Ning Xi tahan rasa penat dan lapar. Dia memaksa dirinya untuk terus bergerak.
Dia terfikir untuk laporkan kejadian itu kepada pihak polis tapi nampaknya lelaki itu ada pengaruh ke atas polis di Philadelphia, jadi dia perlu berhati-hati.