Pemilik kedai itu hampir-hampir menangis. "Ya Tuhan, apa yang kamu nak?
Ning Xi memandangnya dengan rasa tak bersalah. "Saya nak bayar!"
Pemilik kedai itu tak berani ambil duit Ning Xi dan menggenggam tangannya. "Saya tak nak! Saya betul-betul tak nak!"
Ning Xi menjadi berang. "Tak guna! Saya cakap saya nak bayar! Saya tumbuk kamu nanti!" Pemilik kedai ini dah menghancurkan prinsip hidup Ning Xi!
Selepas seketika, pemilik kedai itu memberitahu harga pistol itu kepada Ning Xi. Ning Xi membayarnya dan pergi dengan senang hati. Pemilik kedai itu memandang duit yang ada di atas meja dan menggeletar. Dia tak sangka Ning Xi akan betul-betul bayar.
Secara kebetulan, dia ternampak sebuah teksi sebaik sahaja keluar dari kedai itu. Dia menahan teksi itu untuk ke destinasi seterusnya.
Dia memejam mata dan berehat seketika. Kemudian, dia terdengar bunyi kuat dari arah belakang. Teksi itu dilanggar dengan kuat dari belakang.