Tidak lama selepas prolog dimulakan, muzik tiba-tiba berubah rancak dan cahaya lampu di dalam dewan itu berubah malap.
Model pertama melangkah keluar.
Gaun merah klasik yang elegan dan memukau itu tidak kelihatan seperti sehelai gaun, sebaliknya ia kelihatan bagaikan mentari merah di waktu senja. Ia sarat dengan sulaman tradisional dan motif-motif awan, sekali gus menyerlahkan bakat Gong Shangze dalam memasukkan elemen Cina di dalam rekaannya.
Meskipun gaun itu sangat mempesonakan, tetapi ia kelihatan biasa-biasa saja bila dibandingkan dengan rekaan David yang mewah sebentar tadi. Malah, ia membuatkan penonton sedikit penat untuk menilai ciri-ciri estetik gaun itu.
Semua orang yang ada di situ hanya memandang gaun itu dengan acuh tak acuh. Walaubagaimanapun, sebaik sahaja ia disimbahi cahaya lampu yang terang, semua penonton mula tergamam!
Malah, Ning Xi sendiri turut terkedu. "Macam mana boleh jadi macam ni?!"