Ning Xi menutup matanya. Dia betul-betul tidak mahu menghabiskan waktu walau sesaat pun lagi untuk orang-orang seperti ini.
Li Yueling menarik Ning Xueluo ke tempat duduk VIP. "Lupakan tentang dia. Lagipun, nanti dia juga yang akan malu, bukannya kita! Saya betul-betul tak sangka yang dia berani datang ke tempat macam ni. Dia tu tahu tak fesyen tu apa sebenarnya?"
Ning Xueluo berkata dengan sedikit teragak-agak. "Mungkin dia memang dapat jemputan?"
Li Yueling cepat-cepat menjawab dengan yakin, "Tak mungkin! Tempat duduk hari ni sangat susah nak dapat. Mak saya merayu dengan ramai orang semata-mata nak dapatkannya. Saya hampir-hampir tak boleh temankan kamu ke sini!"
"Dia nampak agak rapat dengan Lu Jingli..." Ning Xueluo sengaja ingin mencurahkan minyak ke dalam api.