Selepas bercakap dengan Lu Jingli di telefon, Ning Xi bermesej dengan Si Cilik. Tiba-tiba, dia mendapat sebuah panggilan dari pihak studio.
"Helo, Momo."
"Kak Xi, ada... Ada masalah! Ada sesuatu yang berlaku pada Gong Shangze! Cepat datang ke sini!" Gesa pembantu studionya. Suara gadis itu kedengaran sangat bimbang.
"Ada sesuatu yang berlaku pada Gong Shangze? Apa dia?"
"Dia tiba-tiba pengsan!"
Ning Xi tersentak. "Kenapa dia tiba-tiba pengsan?! Jangan risau, saya memang dalam perjalanan nak ke sana. Sekejap lagi saya sampai!"
Budak nakal tu! Ini mesti sebab dia kerja terlalu kuat!
Di Studio Spirit.
Sebaik sahaja Ning Xi menolak daun pintu studio, dia ternampak wajah pucat Gong Shangze di sebalik timbunan kertas-kertas draf yang telah direnyukkan. Pembantu studio, Han Momo, sedang duduk di sisi lelaki itu sambil menangis teresak-esak.