Ning Xi merenung wajah tampan Lu Tingxiao. Jari-jemarinya yang runcing membelai lembut hidung mancung lelaki itu, kemudian perlahan-lahan turun ke sepasang matanya yang dingin dan bibirnya yang nipis...
Dia ingin mengingati setiap inci wajah lelaki itu. Kumis nipisnya, lekuk wajahnya...
"Okey?"
Dia mahu lelaki itu menemaninya sekejap saja lagi.
Walaupun Lu Tingxiao tahu yang Ning Xi sedang mabuk, dia tetap tidak mampu untuk menolak permintaan gadis itu. "Okey."
Ning Xi tersenyum puas dan menutup kelopak matanya dengan tenang.
Tetapi, beberapa saat kemudian, kelopak matanya dibuka sedikit dan dia berbisik perlahan, "Saya tak boleh tidur. Boleh tak kamu cium saya?"
"Tidur!" Lu Tingxiao merenungnya tajam dan menyelimuti tubuhnya.
"Oh..." Ning Xi kecewa.