"Bro Xi, apa yang kamu buat ni?" Lu Jingli berkata dengan nada lemah.
Ekspresi muka Ning Xi menakutkan. Dia hanya berkata, "Abang kamu."
Kemudian, dia berjalan ke arah pejabat CEO.
Lu Jingli terdiam melihat situasi yang berlaku di depan matanya.
Abang? Apa yang sedang berlaku?
Lu Jingli hanya mampu melihat Ning Xi masuk ke dalam pejabat CEO dan dia menunggu di luar dengan gemuruh.
Si Cilik mendekati Ning Xi sebaik sahaja Ning Xi masuk. Ning Xi dah tak jumpa Si Cilik untuk beberapa hari kerana dia berada di luar kawasan sejak seminggu yang lepas.
Ning Xi mencium Si Cilik dan tak nak lepaskannya. Tapi, dia teringat apa yang dia perlu buat. Jadi dia beritahu Si Cilik dengan lembut, "Sayang, boleh tak kamu pergi dekat Pak Cik Kedua kamu sekejap. Bagi saya 10 minit dekat sini."
Si Cilik mengangguk dengan patuh dan keluar mencari Lu Jingli.
Lu Jingli menggenggam tangannya dan berjalan ulang-alik di luar dengan gemuruh.