"Macam mana dia tiba-tiba hilang?" Ning Xi berkerut.
Tak hairanlah Abang Senior Pertama sangat terdesak untuk berlawan walaupun jelas Ning Xi kurang berlatih dan tak susah untuk dikalahkan pun.
"Tapi bukan ke Abang Senior Kedua hilang beberapa hari tu perkara biasa? Bukannya pelik pun kalau dia tak muncul berminggu-minggu," Ning Xi memberitahu Tang Ye.
Di dalam organisasi itu, Ning Xi ialah orang yang paling rapat dengan Abang Senior Kedua. Abang Senior Kedua selalu bawa dia untuk buat perkara-perkara gila seperti sukan ekstrem.
Abang Senior Kedua yang tak liar barulah pelik!
Pada ketika itu, Ning Xi rasa gurunya sangat bijak. Apabila gurunya mengambil Abang Senior Kedua sebagai anak angkat, dia namakannya Tang Lang [1]… memang sangat sesuai.
"Setengah tahun," Tang Ye membalas kata-kata Ning Xi.
"Apa?! Setengah tahun? Lama tu?" Ning Xi terkejut. "Hmm, lama juga tu… memang tak ada apa-apa berita tentang dia ke bulan kebelakangan ni?"