Abang Senior Kedua tak puaskan hati kamu ke?
Semua orang yang rapat dengan Tang Ye faham apabila dia tanggalkan cermin matanya dan masuk ke dalam mod untuk berlawan, dia bertukar jadi orang yang sangat berbeza. Dia akan jadi sangat bahaya, seperti orang gila!
"Apa ni? Kamu nak paksa saya pula ke? Abang Senior Pertama, dengar cakap saya, kamu tak boleh paksa saya!" Ning Xi cuba untuk memujuknya.
Tang Ye umpama senjata yang bernyawa tapi Tang Ye yang tak pakai cermin mata ibarat pedang yang tak bersarung. Matanya dahagakan darah dan cara percakapannya juga berbeza. "Adik Perempuan Junior kesayangan saya, jangan risau, saya cuma nak uji kamu."
"Tak nak! Saya tak nak!" Ning Xi serta-merta menjerit sambil mengeleng kepalanya dengan bersungguh-sungguh.
Masalah datang satu per satu! Kenapa Abang Senior Pertama tiba-tiba nak berlawan dengan dia?
Tang Ye tak menghiraukan Ning Xi dan mula menyerang.
"Tak guna! Kamu serius ke?"