Permata-permata yang jatuh atas bekas jed itu mengeluarkan bunyi yang jelas dan menenangkan.
Tapi bagi Ning Xi, bunyi tu seakan-akan bunyi dari neraka.
Ning Xi menarik nafas dalam dan memandang Tang Ye. Dia cuba berlagak tenang, "Memang dah lama. Abang Senior Pertama, kamu buat apa dekat sini?"
Untuk beberapa sebab, riak muka Tang Ye berubah sebaik sahaja dia dengar soalan Ning Xi.
Ning Xi jadi makin yakin dengan tekaannya apabila melihat ekspresi muka Tang Ye yang berubah.
Selepas diam seketika, Tang Ye berkata dengan perlahan, "Misi kelas S."
Muka Ning Xi menjadi pucat.
Sama macam yang dia jangkakan. Dia mungkin takkan hidup lagi esok.
Kalau setahun yang lepas, tak apa. Walaupun dia dikelilingi gadis-gadis dan dia perlu mati masa itu juga, dia takkan rasa menyesal.
Tapi sekarang, dia ada impian, kerjaya, kawan-kawan, Si Cilik, dan… Lu Tingxiao.