Di dalam RV hitam.
"Cucu baik Nenek, kamu tahu Nenek tinggal di mana?"
"Ning Xi, kamu cuba panggil saya cucu sekali lagi?"
"Cu…cu~! Nah, jadi apa?"
"Aku…aku akan bunuh kau!"
"Bunuhlah! Saya ingat kamu tak berani bunuh saya!"
"Ah! Perempuan sundal, kau betul-betul pukul aku tadi!"
…
Bahagian belakang kereta itu bergoncang dengan bunyi berdentum. Lei Ming yang sedang memandu tidak mampu bersuara. "Muye, saya dah beritahu tadi, kamu tak akan dapat kalahkan dia, tapi kamu tak percaya. Sekarang sudah nampak bukan? Tajuk utama esok bukan tentang kamu dijemput gadis cantik di lapangan terbang, tapi oleh seorang nenek tua…"
Ning Xi mengunci lengan Jiang Muye ke belakang, dan lelaki itu menjerit dengan marah, "Diamlah!"
Lei Ming menyaksikan progress pergelutan itu melalui cermin pandang belakang. Walaupun gari-garis gelap kelihatan di dahinya, dia tersenyum sambil berkata, "Ning Xi, boleh tak kamu berlembut dengan dia? Saya merayu! Dia masih diperlukan untuk penggambaran filem, komersial dan majalah bulan ini…"
"Baiklah, Abang Ming. Saya tak akan pukul muka… jangan bergerak!"
Keyakinan dan semangat tinggi yang ditunjukkan oleh Jiang Muye di lapangan terbang tadi sudah lama hilang. Dia kini dalam keadaan tertiarap di kerusi belakang dengan tangan digari, kelihatan seperti baru sahaja dicabul kehormatannya.
"Ning Xi…kamu paksa saya buat begini…"
Ning Xi sedang memukulnya dengan gembira, dan tiba-tiba, Jiang Muye mengejutkan dia apabila menggunakan tangan yang digari dengan mengunci Ning Xi di bahagian leher, dan menariknya ke bawah...
Melihat muka Jiang Muye yang tiba-tiba begitu dekat, Ning Xi mengundur tanpa disedari, dan tersenyum cuai, "Apa ini, kamu tak dapat kalahkan saya, jadi kamu guna perangkap kecantikan sekarang?"
Sebelum bibir mereka bertemu, Jiang Muye tiba-tiba memalingkan kepalanya. "Ergh…"
"Hahaha…" Ning Xi ketawa terbahak-bahak, memeluk perutnya sambil berguling-guling. "Ayuh, ayuh! Sayang, cium saya di sini! Cantik bukan solekan Nenek hari ini?"
Melihat kedutan di muka Ning Xi, Jiang Muye berbaring di situ seperti ikan mati dan tidak mempunyai keazaman untuk meneruskan hidup.
Akhirnya, Ning Xi berhenti ketawa. Dia duduk dan cuba bernafas seperti biasa. "Apa ini, kamu betul-betul marah? Siapa suruh kamu perangkap saya dulu! Saya tak boleh balas dendam?"
"Tak guna, kita sudah lama tak berjumpa. Kamu langsung tak rindukan saya? Perkara pertama yang kamu buat ialah memukul saya!" Jiang Muye merenung marah, tapi dalam matanya terpalit rasa tersinggung.
Ning Xi ketwawa sambil menjawab, "Sudah tentu saya rindu kamu. Bukankah saya beritahu di lapangan terbang tadi, Nenek sangat rindu pada kamu!"
"…" Agar tidak mati kerana terlalu marah, Jiang Muye akhirnya berhenti untuk cuba berkomunikasi dengan Ning Xi. Dia mengangkat tangannya yang digari dan dengan marah berkata, "Cepat lepaskan saya. Dari mana kamu dapat gari ini? Ini barang larangan di China!"
Ning Xi menyentuh dagunya sambil menjawab, "Ini saya dapat dari satu kedai seks di TaoBao! 20% potongan, dan hanya $9.90!"
Jiang Muye:"…"
Lei Ming:"…"
Oleh kerana bimbang mereka akan mula bertengkar semula, Lei Ming menukar topik dengan segera. "Saya sudah tinggalkan pemberita dan peminat, mahu ke mana selepas ini?"
Jiang Muye mengeluarkan cermin kecil dan mula membetulkan rambutnya. Dia tidak melihat Lei Ming semasa menjawab, "Ke vila saya di pinggir bandar."
Ning Xi terus duduk menegak, "Kalau macam itu, tinggalkan saya di tepi jalan, saya akan ambil teksi pulang!"
"Heh, kamu rasa kamu boleh larikan diri hari ini? Saya mahu tengok kamu nak lari ke mana!" Jiang Muye memandang sinis lalu mengunci semua pintu kereta.
"…" Dahi Ning Xi berkerut. Dia sudah jangka hal ini akan berlaku.
Dalam perjalanan, semakin jauh mereka pergi, semakin Ning Xi perasan ada yang tidak kena. Kenapa jalan ini macam biasa nampak?
"Hartawan Jian, kamu mempunyai harta di Kota Raya B? Adakah ia di Istana Platinum?" Ning Xi cuba bertanya.
Jiang Muye tersengih, "Ya betul, jadi? Sudah terlambat untuk peluk paha saya sekarang! Kecuali kalau kamu panggil saya atuk!"
Pada waktu ini, Ning Xi putus harapan.
Apakah ini satu kebetulan, vila Jiang Muye juga berada di Istana Platinum?
Entah mengapa, bunyi penggera "du du du" mula bermain di dalam kepalanya, memberikan petanda buruk seperti sesuatu yang dahsyat bakal berlaku…