Chereads / Perkahwinan Tersembunyi Markah Penuh / Chapter 598 - Hampir Bersentuhan

Chapter 598 - Hampir Bersentuhan

Sekarang, Ayah Xi ada di hujung talian dan berkata, "Balik je sini, Xiao Xi. Kamu tak kenal Shiqing. Dia tu mungkin nampak lembut di luar, tapi dia tak akan berkompromi bila dia dah buat apa-apa keputusan. Dia tu betul-betul keras kepala."

"Betul tu, Xiao Xi. Jangan paksa diri kamu sangat, kami tak salahkan kamu. Memang bukan salah kamu pun," tambah Mak Xi yang risau Ning Xi menyalahkan dirinya sendiri atas apa yang berlaku.

"Mak Cik, Pak Cik, saya faham tapi saya tak akan mengalah sampai saya dah cuba semua yang saya mampu. Biar saya cuba sekali lagi!"

Ekspresi Ning Xi berubah dengan cepat selepas dia tamatkan panggilan itu. 

Pukul Xi Shiqing sampai pengsan dan bawa dia keluar dengan gunakan kekerasan mungkin bukan cara yang terbaik. Kalau Xi Shiqing memang tak nak tukar fikiran, dia tetap akan pergi juga nanti selepas dia sedar semula.

Apa yang Ning Xi patut buat?

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS

Related Books

Popular novel hashtag