Ning Xi menarik nafas dalam sebelum berjalan ke arah Xi Shiqing.
Sebaik sahaja dia mendengar bunyi tapak kaki, Xi Shiqing menutup kitab yang dia pegang dan mendongak.
Matanya kelihatan tenang dan dia tidak memberi reaksi sangat walaupun selepas nampak siapa yang masuk.
"Penderma Ning"
Ning Xi betul-betul rasa tak berdaya di samping Xi Shiqing. Xi Shiqing dah bertekad, malah sekarang dia panggil Ning Xi dengan gelaran "penderma"!
Ning Xi memicit ruang di antara keningnya dan duduk di depan Xi Shiqing sambil mengeluh panjang, "Bro, apa kamu buat ni? Kenapa kamu tiba-tiba nak jadi sami?
"Saya buat keputusan ni lepas pertimbangan yang agak lama. Penderma Ning, kalau kamu ke sini nak pujuk saya, kamu boleh pergi sekarang."
"Semua ni sebab saya ke?" Ning Xi bertanya dengan jelas.
"Semua ni keputusan saya. Tak ada kaitan dengan sesiapa pun."