Di Tokong Fahua
Lu Tingxiao tunggu di dalam kereta bersama dengan Si Cilik sementara Ning Xi bergegas untuk berjumpa datuknya.
Dia mengelak daripada orang ramai yang datang pada waktu pagi dan berjalan terus ke laman belakang tokong itu. Kemudian, dia nampak susuk tubuh yang dikenalinya berdiri bersama-sama dengan pasangan pertengahan usia. Mereka tentu ibu bapa Xi Shiqing, fikir Ning Xi sendiri.
"Datuk"
"Xiao Xi, mari sini!" Ning Zhiyuan cepat-cepat memanggil cucunya.
"Datuk Xi, Pak cik, Mak cik" Ning Xi menyapa mereka dengan rasa bimbang.
Ketiga-tiga ahli keluarga Xi mengalu-alukan Ning Xi dengan mesra. Malah Mak Xi memegang tangan Ning Xi seolah-olah Ning Xi ialah penyelamat mereka. Dia segera berkata, "Kamu Xiao Xi ke? Kamu nampak macam budak yang betul-betul taat. Xi Shiqing asyik bercakap tentang kamu sejak kamu balik!"
Ning Xi terkejut dengan pujian daripada emak Xi Shiqing kerana dia menjangkakan dia akan dimarahi.