"Mengarut!" Orang tua itu masih berfikiran konservatif, jadi tak mungkin dia akan terima idea itu.
Ning Zhiyuan pun takut Ning Xi akan buat sesuatu yang bukan-bukan kalau dia terus mendesaknya, jadi dia segera lembutkan suara, "Okey, okey, sebenarnya kamu pun muda lagi. Pergi fokus dalam kerjaya kamu dulu. Datuk tak akan ganggu kamu lagi, tapi ada satu perkara yang kamu mesti janji. Kamu kena selalu datang lawat Datuk. Permintaan ni tak melampau, kan?"
Ning Xi berasa gembira apabila mendengarnya. "Tak pun! Saya akan melawat selalu!
Selepas dia meletak telefon, Ning Xi berasa tenang kerana dia sudah selesaikan masalah itu.
Di tempat duduk pemandu, Lu Jingli masih terkejut tentang 'bayi tabung uji'' itu. Dia berkata, "Bro Xi, kamu sangat hebat! Bayi tabung uji pun jadi pilihan kamu sekarang!"
Ning Xi menjeling Lu Jingli. "Datuk saya nak cicit tapi saya masih tak jumpa lelaki yang saya suka. Habis tu kamu rasa apa yang saya patut buat?"