Ning Xi membelai kepala Si Cilik dan menyebelahinya, "Dia tak besar lagi lah, dia baru lima tahun! Apa yang Si Cilik kena buat sekarang ni ialah berhenti membesar. Dia kena jadi empat tahun, tiga tahun, dua tahun balik… dia kena belajar semula macam mana nak jadi kanak-kanak!"
Lu Tingxiao mengeluh. Kemudian, dia lembutkan suaranya. "Saya risau je tangan kamu tu penat."
Selepas itu, dia berkata dengan perlahan, "Kamu nak pergi dah ke?"
Ning Xi melihat masa di telefonnya dan menjawab, "Mmhmm, dah nak sampai masa untuk janji temu tu."
Sesuatu terlintas dalam pandangan Lu Tingxiao beberapa kali sebelum dia fokus semula. "Pergilah. Jaga diri."
"Baik." Ning Xi meletakkan Si Ban Kecil ke bawah dan menciumnya seperti biasa.
Di luar pejabat CEO.
Seorang pengurus membawa beberapa dokumen di tangannya sementara kakinya pula menggeletar. Pengurus itu memegang pil untuk jantungnya sebagai persediaan sebelum masuk ke dalam.