Zhuang Lingyu tiba-tiba terfikirkan sesuatu dan segera menarik Ning Yaohua ke tepi. "Yaohua, mari sini!"
"Ada apa?"
"Kamu rasa ahli keluarga Lu ni… datang sini untuk Xueluo ke?" tanya Zhuang Lingyu.
"Xueluo?"
"Ya! Ada ramai tetamu yang datang sini hari ni nak jumpa Xueluo, kan? Siap ada yang kata mereka peminat Xueluo! Studio Xueluo kan makin berkembang baru-baru ni! Jadi"
Ning Yaohua teruja, "Itu masuk akal, tapi Xueluo tak pernah beritahu apa-apa."
"Jom tanya dia, saya panggil dia ke sini sekarang juga!"
"Okey, cepat!" gesa Ning Yaohua.
Mereka kembali ke pintu masuk.
"Ayah, Mak, ada apa? Kenapa tiba-tiba panggil saya ni?"
Ning Yaohua memandang Ning Xueluo dengan serius. "Xueluo, jujur je, kamu ada kenal dengan sesiapa daripada Syarikat Lu ke?"
Ning Xueluo menyengetkan kepalanya, "Syarikat Lu?"
"Ye!" Ning Yaohua kelihatan gemuruh.