Hadiah Ning Yaohua jelas merupakan satu perbelanjaan yang tak ikhlas. Sebaliknya, hadiah Ning Xueluo memerlukan usaha untuk disediakan.
Ning Xueluo tahu datuknya sukakan jed dan seorang penganut Buddha yang taat, jadi dia pilih untuk berikannya gelang bermanik jed.
Ning Xueluo berdiri dengan senyap semasa Ning Zhiyuan menilai gelang itu.
Meskipun ada rasa tak senang dalam matanya, orang tua itu sangat sayangkan Ning Xueluo.
Ning Xueluo sudah tinggal dengan dia sejak kecil dan walaupun lepas dapat tahu Ning Xueluo bukan cucu kandungnya, dia masih melayannya seperti cucu sendiri. Dia cuma tak sukakan sikap anak sulung dan menantunya.
Ning Zhiyuan mengeluh dan berkata dengan lembut, "Terima kasih untuk hadiah kamu. Saya suka sangat!"
Ning Xueluo kelihatan lega sebaik sahaja mendengar pujian daripada datuknya. Matanya menjadi merah dan dia berkata dengan teruja, "Saya gembira Datuk suka!"