Orang ramai mula berbisik sesama sendiri sebaik sahaja melihat Ning Xi mengiringi datuknya masuk ke dalam dewan makan.
"Siapa gadis di sebelah Orang Tua Ning? Dia datang sini dengan pakaian macam tu?"
"Saya dengar Orang Tua Ning panggil dia Xiao Xi, mungkin ke… dia anak angkat tu, Ning Xi?"
"Jadi dia lah tu! Dah lima tahun tapi dia masih macam tu, tak berubah langsung!"
"Hehe, dia masih pakai barang tiruan lagi. Cita rasa dia tak bertambah baik ke?"
Sebelum ke situ, Ning Xi berjalan-jalan dengan Gong Shangze dan Si Cilik untuk beli perabot hiasan studio. Jadi dia hanya pakai jaket kulit dengan seluar denim, rambutnya pula diikat kemas gaya ekor kuda.
Walau bagaimanapun, gadis-gadis yang ada di situ semuanya bergaun labuh serta berkasut tumit tinggi dan itu membuatkan Ning Xi nampak selekeh.