Zhuang Lingyu terdiam selepas ditegur Ning Zhiyuan. Dia menjeling ke arah Ning Xi sebelum meminta maaf dengan lembut kepada bapa mertuanya. "Ayah, saya tak maksudkan macam tu... Ayah sendiri pun tahu yang tak ramai orang tahu yang Xiao Xi adalah anak..."
"Dari dulu lagi Ayah dah beritahu kamu. Ayah suruh kamu umumkan identiti Xiao Xi. Sebelum ni dia menetap di luar negara, tapi sekarang dia dah balik! Semua orang ada di sini hari ni dan kamu akan beritahu mereka yang Xiao Xi adalah sebahagian daripada keluarga kita!"
Muka Zhuang Lingyu pucat tidak berdarah. "Apa?! Ayah, tak boleh! Saya tak setuju!"
Dia memandang Ning Xi dengan pandangan yang jijik, seolah-olah gadis itu adalah raksasa yang paling menakutkan dan hodoh yang perlu disembunyikan dari dunia ni...
Sebelum ini, sewaktu dia baru masuk ke rumah itu dulu, hatinya akan terasa sayu bila melihat riak wajah ibu kandungnya itu. Tapi, sekarang dia tidak lagi mengharapkan apa-apa.