Apabila tiba masanya untuk Ning Xi disolek, artis solekan itu menghentak-hentak barangan solekannya dan memanggilnya dengan suara yang nyaring dan dingin. "Ning Xi, cepat ke sini dan mari lakukan solekan kamu!"
Ning Xi menurunkan skrip dan berjalan ke artis solekan. "Saya hargainya."
Artis solekan itu tidak berminat untuk menyolek muka Ning Xi. Ning Xi melihat alat solekannya dan tiba-tiba menghalangnya dengan satu tangan.
"Apa yang kamu buat?"
Ning Xi berkata dengan rendah hati. "Kak Amy, boleh saya gunakan alat solekan sendiri? Kulit saya agak sensitif dan saya mungkin akan alah kepada jenama lain…"
"Tak boleh. Itu bukan cara kami buat kerja di sini. Kamu akan bertanggungjawab sekiranya solekan itu tak cantik? Kamu tiada masalah semalam, bukan?" Amy tidak mampu sabar, seperti Ning XI sedang menyusahkan semua orang.
Ning Xi mengeluarkan satu sampul merah dari beg dan meletakkannya dalam tangan Amy perlahan-lahan. "Kak Amy, saya harap kamu buat pengecualian untuk saya. Lagipun, semua orang yang bekerja dalam industri ini bergantung pada wajah mereka, saya juga sama. Ini cuma sebagai langkah berwaspada…"
Amy merasa ketebalan sampul merah itu dan batuk kecil. Kemudian, dengan berat hati, "Baiklah! Tapi, jika pengarah kata ada sesuatu yang tidak kena dengan solekan kamu, kamu mesti bertanggungjawab!:
"Sudah tentu. Saya tak akan libatkan Kak Amy!"
Dalam industri ini, musuh tidak kekal selama-lamanya. Mood Amy beransur baik selepas menerima sampul merah tebal itu. Dia menyolek wajah Ning Xi dengan teliti, dan akhirnya, dia kelihatan lebih bagus daripada semalam.
Selepas artis solekan beredar, Ning Xi menyilang lengan dan memandang kostum yang dia akan pakai hari ini dari atas hingga ke bawah. Kemudian, dia keluarkan satu magnet besar dari beg, dan seperti pemeriksa keselamatan, dia melambai magnet itu ke seluruh kostum dan kasutnya.
Nasib baik, tiada masalah dengan dua perkara ini.
Ning Xi menyimpan magnetnya dan berfikir: begitu tidak profesional! Sebatang jarum sepatutnya dijahit dalam pakaian untuk menusuk dan menyakiti kamu di semua tempat, dan kamu tidak akan dapat mengesan sebarang masalah, tidak kira betapa teliti kamu lihat. Paku tekan kecil sepatutnya diletakkan ke dalam tapak kasut supaya kamu tidak akan berasa apa-apa ketika berjalan seperti biasa. Namun dengan pergerakan yang lebih lasak, kejadian yang lebih menarik pasti akan berlaku…
Tidak seperti Ning Xueluo, dia telah dilindungi seluruh hidupnya dan tidak faham erti penderitaan, Ning Xi telah bersusah payah semasa peringkat awal industri ini bertahun-tahun. Dia telah menyaksikan begitu banyak perkara, dan tidak mungkin dia tidak dapat mengesan helah kecil yang dimainkan ke atasnya.
Walaupun dia tidak dapat memeriksa alat solekan tadi, Ning Xueluo tahu kulitnya alah kepada logam, dan kemungkinan besarnya dia telah mengacau alat solekan itu.
Usai sahaja dia memakai pakaiannya, instruktur tarian yang telah diatur oleh pengarah untuknya, sudah menunggu di luar. Ketika pelakon lain sibuk berlakon, Ning Xi mengikut instruktur itu untuk belajar gerakan tariannya.
Setelah sesi penggambaran untuk orang lain telah siap, pengarah datang untuk memeriksa kemajuannya. "Ning Xi, bagaimana? Profil kamu ada menyatakan kamu pernah belajar tarian, jadi saya rasa setengah hari dah cukup untuk kamu pelajari semua gerakan. Kalau tak cukup, saya boleh beri beberapa hari lagi."
"Saya rasa saya sudah bersedia…" Ning Xi tidak mahu kelihatan terlalu yakin.
Guo Qisheng memandang instruktur tarian dan bertanya, "Apa pendapat kamu, Cik Zheng?"
Instruktur itu ketawa lalu menjawab, "Kamu boleh lihat dengan mata sendiri nanti!"
"Kalau macam itu, mari bermula!"
Babak 13: Tarian Mabuk Puteri De
Watak-watak: Maharaja, Puteri De, Puteri Xian, beberapa gundik, pendeta dan hamba.
Kebelakangan ini, sebilangan besar gadis baru telah dipilih untuk masuk ke dalam istana. Maharaja telah menjemput semua gundik dan puteri berkumpul di kamarnya untuk minum dan berhibur.
Maharaja begitu tertarik dengan gadis-gadis baru yang dipilih sehingga dia mengabaikan Puteri De, kegemarannya sejak dulu.
Sebelum Puteri De, Puteri Xian ialah kegemaran Maharaja. Jadi, apabila dia melihat bagaimana Puteri De telah diabaikan oleh Maharaja, Puteri Xian mengejek. "Di dalam istana ini, yang baru selalu tertawa, dan yang lama selalu menangis. Adakah dia fikir wajahnya cukup bagus untuk menyimpan hati Maharaja untuk selama-lamanya? Mari lihat berapa lama dia boleh bertahan!"
Mungkin kerana watak Puteri De dimainkan oleh Ning Xi, Jia Qingqing yang mempunyai kemahiran lakonan yang sederhana telah berlakon dengan baik sebagai Puteri Xian kali ini. Apabila melihat ini, pengarah sangat berpuas hati.