Hiasan di dalam dewan jamuan kelihatan sangat mewah. Semua tetamu dan saudara-mara mengucapkan tahniah kepada Ning Zhiyuan dan menghadiahkan kata-kata pujian kepadanya.
Semua orang menumpukan perhatian mereka kepada ketua Syarikat Ning sekarang iaitu Ning Yaohua dan keluarganya.
Para tetamu yang hadir tergolong daripada mereka yang mempunyai pengaruh besar di bandar itu. Selain daripada rakan-rakan perniagaan Ning Yaohua, teman-teman Ning Xueluo dari industri hiburan turut hadir. Semua saudara-mara berasa iri hati melihat reputasi dan kesenangan mereka, tetapi mereka terpaksa memaniskan muka semata-mata untuk menumpang kesenangan keluarga itu.
"Lingyu, bertuah sungguh kamu ni. Kedua-dua suami dan anak perempuan kamu sangat berbakat!"
"Saya sangat cemburu dengan anak perempuan kamu. Dia bukan saja cantik, tapi semakin popular juga! Selain daripada berlakon, dia juga dah berjaya buka syarikat sendiri!"