Sebaik sahaja dia tiba di pejabat tengahari itu, Lu Jingli terus melaporkan apa yang berlaku pagi tadi kepada abangnya. Tapi, mestilah dia melebih-lebih memberitahu tentang bakat hebatnya dalam memujuk dan mengenakan ibu bapa mereka.
"Walaupun masalah ni masih lagi belum selesai, ini tetap dikira sebagai berita baik. Sebelum ni, Mak dan Ayah langsung tak nak terima dia. Sekurang-kurangnya, sekarang mereka sanggup cuba! Bro, saya rasa kamu boleh teruskan rancangan kamu. Cuba lagi beberapa kali. Mungkin mereka akan setuju untuk buat apa saja." Lu Jingli buat muka bangga.
Lu Tingxiao tidak sampai hati untuk memberitahu adiknya yang sebenarnya, kalau ibu bapa mereka dah putus asa dengannya sekali pun, keluarga Lu masih ada seorang lagi anak lelaki. Kalau hal itu berlaku, pasti anak kedua yang akan dipaksa untuk berkahwin.
Sewaktu mereka sedang bercakap, kedengaran bunyi pintu bilik pejabat diketuk seseorang.