Ning Xi hampir-hampir masuk ke dalam tandas perempuan. Dia tersedar kesilapannya dan segera masuk ke pintu yang bertentangan.
Dia berasa tenang selepas membasuh mukanya. Apabila dia keluar dari tandas, dia lihat Zhuang Keer sedang menunggunya di koridor.
Semasa dia berseronok dengan Si Qiao Besar dan Si Qiao Kecil, mereka banyak bergosip dan Ning Xi terdengar tentang hubungan Zhuang Keer dan Lu Tingxiao.
Dia betul-betul tak tahu bagaimana nak berdepan dengan Zhuang Keer sekarang. Dia buat keputusan untuk tidak lakukan apa-apa.
Seperti yang Ning Xi jangkakan, apabila Zhuang Keer melihat Ning Xi berdiam diri, Zhuang Keer mula berkata, "Saya tahu tak sesuai saya tanya... tapi betul ke… kamu ada hubungan dengan Lu Tingxiao?"
Ning Xi berkerut. Nampaknya Zhuang Keer nak berdepan dengan orang yang curi buah hatinya.