Gadis yang memakai gaun hitam itu memegang segelas wain dan memandang Ning Xi dengan pandangan yang menggoda. Selepas itu, dia bertanya kepada Lu Jingli, "Abang Jingli, kamu tak nak perkenalkan kawan baru kamu tu pada kami ke?"
Lu Jingli berasa sakit hati melihat kembar itu merenung Ning Xi dengan pandangan yang sangat menggoda. Perkenalkan kepala otak kau! Macam mana dia nak perkenalkan orang ini? Sebagai apa? Sebagai kakak iparnya ke?
Emosinya terasa begitu bercelaru...
Lu Jingli memegang dahinya untuk menghalang mereka daripada melihat riak wajahnya. Dia menggumam, "Kamu berdua... Tanyalah dia sendiri!"
Kedua-dua gadis itu saling berpandangan sebelum berjalan terus ke arah Ning Xi.
Gadis yang memakai gaun putih tersenyum manis. "Hai, nama saya Qiao Yan!"
Gadis yang memakai gaun hitam pula menaikkan gelasnya dan berkata, "Saya Qiao Ran! Apa kata kita cuba kenal diri masing-masing?"