Di Hotel Regal Riveria.
Selepas mereka pulang ke pangsapuri itu, Ning Xi menjadi risau.
Parti Lu Jingli mungkin akan penuh dengan orang yang mereka kenal, dan berkemungkinan besar ada orang-orang yang kenal Lu Tingxiao juga. Sebagai bos Keagungan Dunia, mungkin ada ramai orang daripada kalangan industri hiburan juga…
Kalau dia seorang, dia akan datang saja. Pada pandangan orang luar, dia ialah artis yang Lu Jingli rekrut sendiri. Jadi tak hairanlah kalau dia pergi dan menyokongnya. Tapi, dia akan bawa Si Cilik juga malam ini. Lu Tingxiao juga hadir. Apabila mereka bertiga berdiri bersama-sama, mungkin nampak tak elok.
Kenapa dia rasa tertipu oleh Lu Jingli?
Tak guna, nampaknya dia memang…
Pfft! Dengan IQ Lu Jingli, nampaknya dia memang tertipu…
Tak mungkin!!!
Tiba-tiba, satu idea terpancar dan mata Ning Xi bersinar, "Si Cilik, Mak Cik nak tukar baju dan bersolek sekejap. Tunggu tau!"