"Kenapa kamu nampak seperti dah tak ada jiwa? Ramai sangat perempuan cantik di pulau tu ke? Ning Xi menutup telinga Si Ban Kecil kerana tak mahu menjadi pengaruh yang buruk kepadanya.
Apabila Lu Jingli melihat Ning Xi, dia serta-merta bangun dan merenung Si Ban Kecil. Dia kelihatan marah sambil mengadu, "Kamu tanya saya? Kamu patut tanya anak kamu, tanya macam mana dia seksa saya tadi?"
Si Ban Kecil mengelip matanya yang besar dan naif seakan-akan tak bersalah.
Ning Xi memandang Lu Jingli, kemudian dia melihat Si Ban Kecil. Nampak jelas dia percayakan Si Ban Kecil, "Jangan mengarut! Apa kaitan dengan anak saya?"
Lu Jingli berasa jengkel melihat anak Syaitan itu berpura-pura tak bersalah seperti malaikat kecil. "Hei, jangan berpura-pura! Kenapa kamu berlakon lagi?! Saya akan dedahkan perangai sebenar kamu!"