Chereads / Perkahwinan Tersembunyi Markah Penuh / Chapter 522 - Isteri saya, Susahnya Nak Jaga Budak-budak

Chapter 522 - Isteri saya, Susahnya Nak Jaga Budak-budak

Si Ban Kecil cepat-cepat menulis dan berlari untuk tunjukkannya kepada ayahnya: [Kenapa Mak Cik Xiao Xi tak ambil saya lagi?]

Lu Tingxiao melihat papan tulis itu dan berkata, "Dia sibuk."

Si Ban Kecil menyambung: [Mak Cik Xiao Xi dah tak nak saya lagi ke?]

Lu Tingxiao membalas, "Kamu yang terlebih fikir."

Si Ban Kecil: [Kalau macam tu kenapa dia tak ambil saya lagi?]

Lu Tingxiao membalas lagi, "Saya tak tahu, kamu boleh hantar mesej dan tanya dia."

Si Ban Kecil: [Tak nak! Nanti ganggu Mak Cik Xiao Xi! Mak Cik Xiao Xi betul-betul sukakan saya ke?]

Lu Tingxao terdiam dan mula tersenyum sambil mengalih pandangan daripada lambakan kerja di atas mejanya. Budak kecil ini risau nak ganggu Mak Cik Xiao Xi, tapi dia tak takut mengganggu ayahnya?

Si Ban Kecil tak risau langsung untuk ganggu ayahnya dan terus bertanya beratus ribu soalan…

[Mak Cik Xiao Xi akan tiba-tiba tak sukakan saya ke?]

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS