Ning Xi kembali ke dunia nyata dan sedar yang ia sudah agak lewat, "Ah, Lu Tingxiao, kamu dah lambat pergi kerja, kan?"
"Awal lagi, bukan ke kamu nak cari tempat untuk Gong Shangze? Ini beberapa tempat yang saya dah tengok. Nah rujuk ni." Lu Tingxiao berikan Ning Xi sebuah fail.
"Cepatnya!" Ning Xi kagum dengan kecekapan Lu Tingxiao.
"Tak lama pun." Ning Xi ialah keutamaannya, tentulah dia lakukannya dengan cepat.
"Terima kasih banyak-banyak!" Ning Xi senang hati apabila melihat fail itu mengandungi analisis dan perbandingan untuk kawasan-kawasan yang berbeza.
Kemudian, dia menjeling ke arah Si Ban Kecil dengan janggal, "Uh… Saya nak keluar tengok rumah hari ni, Si Ban Kecil macam mana? Kalau saya keluar sekejap tak apa, tapi saya nak pergi banyak tempat. Kasihan dia kalau ikut saya!"
Si Ban Kecil rasa diabaikan selepas mendengar perancangan Ning Xi.
"Biar saya panggilkan Butler Yuan ke sini," kata Lu Tingxiao.