Kata-kata Lu Tingxiao menghapuskan kebimbangan Ning Xi.
Oh! Si Syaitan! Romantiknya dia! Begitu lembut sekali! Kalau ikutkan hati, mahu saja dia serahkan dirinya kepada lelaki itu!
Si Cilik fikir papanya ingin menyerahkannya secara terus kepada Mak Cik Xiao Xi, sebab itulah wajahnya berubah muram bila mendengar yang dia hanya boleh tinggal di sini sekejap saja. Dia berasa tertipu.
Papa kata nak serahkan saya? Papa tipu!
Lu Tingxiao menjongketkan keningnya. Dia memberi isyarat kepadanya anaknya. Si Cilik serta-merta faham apa yang dimaksudkan oleh papanya. Dia harus bersabar dan buat apa yang disuruh kalau dia ingin Mak Cik Xiao Xi ada bersamanya sampai bila-bila.
Ban Kecil menggigit bibir bawahnya. Riak wajahnya terpancar keazaman yang kuat. Dia meyakinkan dirinya yang dia mampu melaksanakan tugas itu! Biar dia sendiri yang tentukan takdirnya. Tak ada gunanya bergantung harap pada usaha Papa!