Dalam suasana tegang di ruang tamu itu, suara bayi comel yang mengantuk dan boleh mencairkan hati semua orang itu kedengaran dengan jelas.
Muka Lu Chongshan yang kelam berubah kosong. Mata Yan Ruyi terbeliak.
Lu Tingxiao yang sentiasa tenang pun terkejut. Dia tetap tak bergerak sambil mendukung anaknya. Suara anaknya terngiang-ngiang di telinga. Dia mesti sangka dia berilusi kalau bukan kerana nafas budak kecil itu dan pandangan penuh berharap daripadanya.
Dia dah lama tak dengar suara itu dan ia masih sama dengan apa yang dia ingat…
Lu Tingxiao sangka dia takkan dengar suara itu lagi…
Pandangan semua orang tertumpu pada Si Cilik dan mereka tak katakan apa-apa buat seketika kerana terkejut. Pandangan mereka penuh dengan emosi tapi tak ada perkataan yang terkeluar.