Kemudian, Lu Chongshan memberitahu butler itu, "Xing Wu, pergi sediakan hadiah untuk dia."
Kata-kata itu bukan sahaja bertujuan untuk menyatakan yang Ning Xi hanya seorang tetamu tapi juga untuk menghalang sebarang bentuk hubungan. Ibarat satu isyarat untuk menunjukkan yang mereka tak berhutang apa-apa antara satu sama lain selepas ini.
Seakan-akan merosakkan jambatan selepas menyeberang sungai atau membuang sesuatu yang menyelamatkan nyawa seseorang selepas menggunakannya… bukankah jelas apa yang dia sedang lakukan?
Ning Xi sebenarnya tak peduli apa tanggapan Lu Chongshan terhadapnya. Dia tak nak berpisah dengan Si Ban Kecil sekali lagi dan merasa sakit hati. Tanpa dia sedari, Ning Xi memeluk Si Ban Kecil dengan lebih erat.
Dia betul-betul tak nak…
Dia tak nak berpisah dengan Si Ban Kecil…
Pada ketika itu, Ning Xi rasakan satu sentakan kuat di sudut hatinya. Dia ada idea gila untuk ambil Si Ban Kecil dengan kekerasan!