Semua doktor dan orang gaji terdiam.
Ya Tuhan!
Lelaki yang baru menyinsing lengan bajunya untuk urut kaki seorang perempuan…betul ke dia Tuan Besar yang mereka kenal, CEO Syarikat Lu yang menakutkan, Lu Tingxiao?
Sejak malam semalam, tanggapan dan imej Lu Tingxiao dalam hati mereka sudah banyak kali berubah.
Lu Chongshan dan Yan Ruyi pun terkejut. Mereka tak percaya bahawa lelaki di depan mereka adalah anak kandung mereka.
Sebelum ini, mereka hanya tahu bahawa anak mereka terpesona dengan perempuan ini. Mereka tak pernah lihat sendiri apa-apa tindakan yang membuktikan perasaannya terhadap perempuan itu.
Sekarang, mereka betul-betul terkejut. Ini sememangnya seratus kali lebih ketara berbanding apa yang orang lain katakan atau apa yang mereka bayangkan!
Lu Tingxiao anak mereka, tapi mereka hampir tak kenal dia lagi…
Sebenarnya, orang yang paling terkejut ialah Ning Xi sendiri.
Pada ketika itu, jantung Ning Xi berdegup laju…