"Oh..." Ning Xi memeluk Ban Kecil dengan erat dan bersandar di bantal yang diletakkan oleh Lu Tingxiao tadi. Tubuhnya memang terasa lebih selesa sekarang.
Malangnya, mata-mata tajam yang memandangnya membuatkannya rasa agak tidak selesa...
Lu Tingxiao melambaikan tangannya dengan tegas dan semua orang tiba-tiba sedar dari rasa terkejut mereka tadi. Mereka melangkah keluar dengan gementar. Mereka hanya boleh menggumam di dalam hati, "Siapa perempuan yang Tuan Muda Besar bawa balik tu?"
Dia bukan sahaja berjaya memujuk Tuan Muda Kecil sebaik sahaja dia sampai ke rumah itu, tapi dia juga mampu membuatkan Tuan Muda Besar melayannya dengan sangat lembut. Padahal, semua orang tahu yang lelaki itu adalah seorang yang tidak berperasaan!
"Mungkinkah... Mungkinkah perempuan ni adalah ibu kandung Tuan Muda Kecil?" Salah seorang daripada pembantu rumah yang ada di situ menebak dengan mata yang bulat.